Showing posts with label Sains Rumah Tangga (SRT). Show all posts
Showing posts with label Sains Rumah Tangga (SRT). Show all posts

Tuesday, January 21, 2020

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 5 - 5.3

5.3- Perancangan Perniagaan

a) Rancangan Perniagaan
  • dokumen yang menerangkan secara terperinci berkenaan selok belok sesebuah perniagaan termasuk pelan awal, keperluan modal, rancangan pemasaran, jualan dan unjuran keuntungan.
Tujuan Menyediakan Rancangan Perniagaan
  • Menyakinkan pihak tertentu seperti Bank bagi memperoleh sumber pembiayaan kewangan.
  • Melihat dan menilai perniagaan
  • Mengkaji dan menilai potensi
  • Mengagihkan sumber dengan lebih baik
  • Menjadi garis panduan untuk menguruskan perniagaan
b) Struktur Rancangan Perniagaan
  1. Ringkasan Eksekutif
  2. Objektif Rancangan Perniagaan 
  3. Latar Belakang Perniagaan
  4. Latar Belakang Pemilikan 
  5. Latar Belakang Cadangan Projek
  6. Rancangan Organisasi
  7. Rancangan Pemasaran
  8. Rancangan Operasi atau Pengeluaran
  9. Rancangan Kewangan Rumusan 
  10. Dokumen Sokongan
c) Pemasaran
  • aktiviti perniagaan yang dilakukan untuk menyalurkan barang-barang atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir



i) Produk

  • Barang berbentuk fizikal dan bukan fizikal (perkhidmatan).
Ciri-ciri produk yang baik
  • Kualiti
  • Jenama
  • Pembungkusan dan pelabelan 
  • Jaminan dan Khidmat sampingan
ii) Harga
  • Kos kepada pembeli untuk memiliki barangan atau perkhidmatan.
Faktor yang Perlu Diambil Kira untuk Menetapkan Harga
  • Pemintaan Pengguna
  • Kos 
  • Persaingan
iii) Promosi
  • Usaha yang dijalankan oleh pihak penjual untuk mewujudkan, melariskan dan mengekalkan pasaran bgi sesuatu keluaran.
Matlamat Promosi
  • Memaklumkan kepada pelanggan tentang produk baharu di pasaran
  • Memujuk pelanggan untuk membeli produk tersebut
  • Meningkatkan penggunaan produk yang telah lama berada di pasaran
  • Meningkatkan dan meluaskan jualan di pasaran
  • Mengekalkan imej produk di pasaran
  • Mengatasi pesaing-pesaing yang menjual barangan yang sama.
Contoh Promosi
  • Pengiklanan
  • Promosi Jualan
  • Publisiti
  • Jualan Langsung
iv) Tempat
  • Pemilihan tempat yang sesuai untuk memasarkan produk dan perkhidmatan penting kerana kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan itu amat bergantung kepada faktor ini.
Faktor Pemilihan Tempat
  • Jenis Perniagaan
  • Modal
  • Undang-undang dan Peraturan
  • Persaingan
  • Jenis Pelanggan
  • Kemudahan Infrastruktur
d) Saluran Pemasaran
  • Cara atau proses barang diedarkan daripada pengeluar kepada pengguna pada masa, tempat dan harga yang bersesuaian.
Jenis-jenis Saluran Pemasaran.
  1. Pengeluar > Pemborong > Peruncit > Pengguna
  2. Pengeluar > Ejen > Peruncit > Pengguna
  3. Pengeluar > Pemborong > Pengguna
  4. Pengeluar > Peruncit > Pengguna
  5. Pengeluar > Ejen > Pengguna
  6. Pengeluar > Pengguna

Monday, January 20, 2020

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 5 - 5.2

5.2 - Prosedur Memulakan Perniagaan

a) Milikan Perniagaan

b) Cara Memulakan Perniagaan

  1. Memulakan Pernniagaan Baharu
  2. Mengambil Alih Perniagaan
  3. Menjalankan Perniagaan Francais
c) Prosedur Memulakan Perniagaan

1. Membuat perancangan
2. Mendaftarkan perniagaan
  • Mengisi Borang A
  • Mendapatkan kelulusan nama perniagaan
  • Menghantar borang bersama-sama dengan bayaran pendaftaran kepada Pendaftar Perniagaan
  • Pengeluaran Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang D)
3. Memohon lesen perniagaan
4. Mendapatkan modal perniagaan
  • Simpanan sendiri
  • Pinjaman
  • Sumbangan rakan kongsi
  • Belian kredit
d) Pertimbangan Sebelum Memulakan Perniagaan
  1. Mengenal Pasti Keperluan dan Kehendak Pelanggan
  2. Menjalankan Perniagaan Francais
  3. Menilai Peluang Perniagaan
  4. Merangka Rancangan Perniagaan



NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 5 - 5.1

BAB 5: PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

5.1- Pengenalan Perniagaan dan Keusahawanan

a) Peniaga, Perniagaan, Usahawan dan Keusahawanan.

1. Peniaga
  • seseorang yang melakukan kegiatan membeli dan menjual barang atau perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan.

2. Perniagaan
  • aktiviti membeli dan menjual barang dan perkhidmatan dengan tujuan memperoleh keuntungan.
3. Usahawan
  • individu yang melakukan kegiatan membeli, menghasilkan barang baharu atau membuat pengubahsuaian dan memasarkannya untuk mendapatkan keuntungan.
4. Keusahawanan
  • kemampuan, kebolehan dan kecenderungan seseorang meneroka peluang perniagaan, mengusahakan perniagaan, membuat pembaharuan atau pengubahsuaian demi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.
  • aktiviti keusahawanan dalam memenuhi keperluan dan kehendak manusia, mengusahakan dan mengembangkan perniagaan, melakukan perubahan dan pembaharuan bagi menigkatkan pengeluaran serta menjayakan perniagaan untuk kepentigan diri sendiri, masyarakat dan negara.

b) Perbandingan Ciri antara Peniaga dengan Usahawan.

Perbandingan ciri antara peniaga dengan usahawan

Perbandingan kelebihan antara peniaga dengan usahawan

c) Ciri-ciri Usahawan Abad ke-21
  • Sentiasa Peka dan Bijak Mengambil Peluang
  • Bermaklumat
  • Kreatif dan Inovatif
  • Optimistik
  • Proaktif
d) Peranan Usahawan
  1. Mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan
  2. Memenuhi kehendak dan keperluan komuniti
  3. Mengkaji dan menguji penemuan dan ciptaan baharu
  4. Menyumbang kepada pembangunan ekonomi
  5. Meningkatkan taraf hidup
e) Peranan Agensi dalam Membantu Usahawan





Wednesday, January 08, 2020

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 4- 4.5

4.5- Label Makanan

a) Label Makanan
  • Label membantu pengguna membuat pilihan makanan yang bijak.
  • Kementerian Kesihatan Malaysia telah menguatkuasakan undang-undang bagi label makanan sama ada makanan dalam tin, plastik, kotak dan sebagainya.
b) Kepentingan Label Makanan
  1. Memudahkan pemantauan daripada pihak berkuasa
  2. Membuat pilihan yang bijak
  3. Menyokong aktiviti pendidikan makanan
  4. Menyediakan sajian bermutu dan seimbang
  5. Mengutamakan kandungan zat makanan dalam produk
Tujuan 
  1. Memilih makanan yang sihat dan menyeluruh
  2. Menilai makanan
  3. Menjamin kualiti produk
Maklumat yang tedapat pada label makanan bergantung pada perkara:
  • Benar dan tepat
  • Boleh diterima kerana maklumat mestilah mempunyai kesahihan dan kredibiliti
  • Boleh difahami melalui penyampaian maklumat yang tidak mengelirukan pengguna
  • Nyata dan jelas
c) Maklumat Pada Label Makanan
  1. Nama produk
  2. Bahasa yang digunakan ialah bahasa malaysia ataupun bahasa inggeris
  3. Gambar yang menjadi ramuan sahaja yang boleh disertakan pada label
  4. Senarai ramuan yang digunakan perlu dinyatakan denga jelas dan disusun mengikut susunan berat menurun
  5. Penyertaan bahan aditif yang digunakan mestilah dinyatakan
  6. Berat bersih / isi padu / bilangan minimum isi bungkusan
  7. Nama dan alamat pengilang / pengimport / negara asal perlu dinyatakan dengan jelas pada label
  8. Penandaan tarikh luput
  9. Penyataan cadangan hidangan
  10. Maklumat pemakanan dinyatakan mengikut jadual komposisi makanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  11. Logo 'HALAL' yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti jakim mestilah dalam tempoh sah laku
  12. Penyataan / akuan yang mengelirukan pengguna tidak dibenarkan pada label makanan
  13. Makanan yang mengandungi bakteria Bifido perlu mempunyai maklumat seperti bilangan bakteria hidup

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 4- 4.6

4.6 - Perancangan Menu

a) Menu
  • Senarai makanan yang dihidangkan untuk sesuatu sajian.
  • Perancangan menu hendaklah berpandukan Piramid Makanan.
Tujuan Merancang Menu
  • Menjimatkan masa dan tenaga
  • Memastikan makanan yang disediakan adalah seimbang
  • Memastikan perbelanjaan untuk menu yang dirancang tidak melebih anggaran perbelanjaan
  • Memastikan sajian yang dirancang adalah menyelerakan, menarik dan pelbagai dari segi warna, rasa, tekstur dan kaedah memasak
b) Faktor yang Mempengaruhi Perancangan Menu
  • Tujuan Sajian
  • Keperluan
  • Kegemaran
  • Keseimbangan Sajian 
  • Sumber 
  • Bilangan Tetamu
c) Menu Harian Seimbang Keluarga

d) Perancangan Kerja
  1. Pilihan Menu
  2. Senarai Beli-Belah dan Pengekosan
  3. Senarai Alatan
  4. Pilihan Aktiviti
  5. Susunan Kerja

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 4- 4.4

4.4- Peruntukan Diet Harian yang Disarankan dan Indeks Jisim Badan.

a)Peruntukan Diet Harian yang Disarankan

Kegunaan Peruntukan Diet Harian yang Disarankan
  • Merancang menu harian
  • Membuat label makanan
  • Garis panduan menggubal polisi makanan
  • Menilai kuantiti makanan berhubung dengan kesihatan
b) Nilai Tenaga dalam Makanan
  • Karbohidrat: 17 Kj
  • Protein: 17 Kj
  • Lemak: 38 Kj
c) Indeks Jisim Badan

d) Pengiraan Indeks Jisim Badan

BMI:            berat(kg)          
           tinggi(m) x tinggi (m) 

e) Cara Mengatasi Berat Badan Berlebihan
  1. Mengambil sarapan
  2. Makan secara teratur
  3. Amalkan senaman
  4. Minum air secukupnya
  5. Banyakkan Pengambilan Makanan Berserat


NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 4- 4.2

4.2- Sistem Pencernaan dan Penyerapan Makanan

a) Pencernaan, Penyerapan dan Enzim

i. Sistem Pencernaan
  • Proses menguraikan molekul makanan yang kompleks kepada molekul yang lebih ringkas agar dapat diserap oleh tubuh badan.
  • Sistem pencernaan terbahagi kepada 2: Proses Mekanikal dan Proses Kimia
ii. Sistem Penyerapan
  • Proses serapan unit ringkas nutrien melalui vilus ke dalam aliran darah dan sistem limfa untuk dihantar ke sel tubuh.
iii. Enzim
  • Pemangkin organik yang mengawal atau mempercepat tindak balas kimia dalam organisma hidup.
b) Peranan Enzim dalam Sistem Pencernaan

c) Organ-organ Utama dalam Proses Pencernaan

d) Proses Tindak Balas Enzim dalam Sistem Pencernaan

e) Proses Penyerapan

f) Kepentingan Sistem Pencernaan yang Sihat
  1. Kita perlu mengambil makanan yang kaya dengan serat seperti sayuran, buah-buahan, bijian asas dan bijirin.
  2. Kita perlu mengurangkan pengambilan makanan yang diproses.
  3. Kita perlu mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat.
  4. Kita perlu minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.
  5. Tekanan atau stres memberikan kesan kepada sistem pencernaan dan boleh mengganggu keseimbangan pencernaan.



NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 4- 4.3

4.3 - Diet Seimbang

a) Diet dan Diet Seimbang

Diet
  • Pengambilan makanan oleh individu untuk meningkatkan dan memelihara kesihatan tubuh badan
Diet Seimbang
  • Pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, garam mineral, vitamin, air dan pelawas dalam kuantiti yang diperlukan.
b) Faktor yang Mempengaruhi Pengambilan Diet

1. Keperluan Fisiologi.

  • Umur
  • Jantina
  • Saiz badan
  • Aktiviti harian
  • Tahap kesihatan
2. Pendidikan
3. Geografi
4. Pendapatan keluarga
5. Budaya
6. Agama
7. Keperluan sosial
8. Kemajuan teknologi

c) Piramid makanan

d) Kepentingan Pengambilan Diet Seimbang
  • Memastikan Tumbesaran Seimbang
  • Mencegah Masalah Kekurangan Nutrien
  • Mengekalkan Berat Badan yang Normal
  • Mengurangkan Risiko Penyakit Berkaitan Pemakanan
  • Memastikan Perkembangan Mental yang Sihat
Tip Diet Seimbang
  • Makan nasi dan produk bijiran secukupnya.
  • Makan ikan, daging, ayam, telur dan kekacang secara sederhana.
  • Kurangkan pengambilan minyak tepu dan kolesterol.
  • Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
  • Ambil susu dan produk tenusu secukupnya.
  • Kurangkan pengambilan garam, gula dan sos

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 4- 4.1

BAB 4: MAKANAN DAN PEMAKANAN

4.1- Keperluan Makanan, Nutrien dan Fungsinya.

a) Makanan, Pemakanan, Nutrien dan Pelawas.

i. Makanan
  • Bahan yang boleh dimakan sama ada dalam bentuk pepejal ataupun cecair.
ii. Pemakanan
  • Kajian saintifik terhadap pengambilan makanan dan fungsinya kepada tubuh badan manusia.
iii. Nutrien.
  • Komposisi kimia dalam makanan.
  • Terdapat 5 kumpulan nutrien iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral
iv. Pelawas
  • Merupakan makanan yang kaya dengan bahan yang tidak dapat dicerna, terutamanya selulosa.
b) Kepentingan Pengambilan Makanan, Air dan Pelawas.

Jenis Kumpulan Makanan
  1. Makanan Pembina Tubuh
  2. Makanan Pemberi Tenaga
  3. Makanan Pelindung dan Pengawal Penyakit
Fungsi Air
  1. Mengawal suhu badan manusia
  2. Menjadi pelincir dalam membran sendi, salur pernafasan dan salur pencernaan
  3. Membanttu proses pencernaan, perkumuhan, pernafasan dan peredaran darah
c) Klasifikasi Nutrien


Tuesday, December 31, 2019

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 3-3.4

3.4- Penghasilan Blaus atau Rompi

a) Proses Jahitan

1. Kelim
  • kelim betawi
  • kelim papan mesin
  • kelim lipat tindih
  • kelim belah kangkung
2. Garis Leher
  • kun
  • lapik
3. Belah
4. Penghilang Gelembung
5. Penyudah Tepi
6. Kancing
  • butang & lubang butang
  • butang katup
  • zip
  • velkro
  • riben
  • cangkuk & palang
b) Cara Menggunakan Mesin Jahit dengan Teknik yang Betul

Sebelum Menjahit
  1. Pasangkan jarum di pemegang jarum. Pastikan bahagian yang rata menghala ke skru pemegang jarum.
  2. Pasangkan benang bawah
  3. Pasangkan benang atas
  4. Naikkan benang bawah dan tarikkan ke belakang penekan
  5. Laraskan mata jahitan
Semasa Mula Menjahit
  1. Letakkan fabrik di bawah penekan jahitan
  2. Pusing roda imbang ke hadapan untuk menurunkan jarum menembusi fabrik
Selepas Menjahit
  1. Naikkan jarum mesin setinggi yang boleh
  2. Naikkan tuas angkat
  3. Tarik fabrik ke belakang mesin untuk mengelakkan jarum daripada bengkok.
Peraturan Keselamatan Menggunakan Mesin Jahit
  1. Jangan biarkan mesin jahit bersambung dengan elektrik tanpa digunakan.
  2. Pastikan debu atau cebisan kain tidak terkumpul di lubang peredaraan udara dan kawalan kaki.
  3. Jangan keluarkan plag daripada punca elektrik dengan menarik kabel.
  4. Jauhi daripada segala bahagian bergerak dan berikan perhatian sewajarnya kepada bahagian di sekeliling jarum mesin jahit.
  5. Jangan menggunakan jarum yang bengkok.
  6. Jangan menolak atau menarik fabrik apabila menjahit.
  7. Mematikan suis apabila menyelaraskan bahagian jarum, memasang benang, menukar jarum, memasang benang gelendong atau menukar tapak penekan dan sebagainya

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 3-3.3

3.3- Penyediaan Bahan Jahitan

a) Jenis Fabrik

i. Rompi
  • Fabrik kapas campuran
  • Fabrik flannel
  • Fabrik denim
ii. Blaus
  • Fabrik kapas campuran
  • Fabrik gingham
  • Fabrik poplin
b) Cara Mengenal Fabrik
  1. Ira Fabrik
  2. Corak Fabrik
  3. Kecacatan Fabrik
  4. Sebelah dalam Fabrik
  5. Sebelah Luar Fabrik
c) Peraturan Menyusun Atur Pola
  1. Ratakan pola yang berkedut dengan menggosok fabrik bagi mendapatkan permukaan yang rata dan licin.
  2. Bentangkan fabrik di atas permukaan meja yang rata.
  3. Kenal pasti dan patuhi arahan, maklumat dan label pola.
  4. Temukan sebelah dalam fabrik dan pastikan bahagian lipatan berada di tepi meja.
  5. Letakkan tanda ira lurus pola tepat pada ira lurus fabrik.
  6. Susun atur kepingan pola besar dahulu diikuti dengan kepingan pola kecil.
  7. Pastikan permukaan pola yang berlabel berada di sebelah atas.
  8. Susun pola sehala pada fabrik corak sehala, farik nep dan fabrik pail.
  9. Padankan corak fabrik genggang atau fabrik jalur pada kelim.
  10. Semat fabrik dengan jarum peniti supaya tetap.
d) Menggunting Fabrik dengan Teknik yang Betul
  1. Pastikan fabrik berada di atas permukaan yang rata.
  2. Gunakan gunting fabrik yang tajam.
  3. Apabila menggunting fabrik, letakkan satu tangan di atas pola.
  4. Gunakan mata gunting sepenuhnya semasa mengguntin bahagian lurus dan gunakan bahagian hujung mata gunting sahaja untuk menggunting bahagian kecil dan lengkung.
  5. Pastikan mata gunting yang runcing berada di atas meja ketika meggunting fabrik.
  6. Jangan angkat fabrik semasa menggunting fabrik.
  7. Gunakan bahagian mata gunting yang runcing untuk menggunting tanda imbang.
  8. Tanda imbang dubel boleh digunting sekali sebagai satu.
  9. Pastikan jumlah kepingan fabrik yang digunting mencukupi.
e) Memindahkan Tanda Pola ke Fabrik
  • Menanda dengan kapur tukang jahit
  • Menanda dengan roda surih & kertas karbon tukang jahit.

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 3-3.2

3.2- Mendraf Pola Rompi Atau Blaus

a) Lakaran Rompi dan Blaus



b) Alatan Mengambil Ukuran Badan dan Mendraf
Pita Ukur
Ambil ukuran badan & bahagian melengkung pada pola
Pembaris Lengkung
Membentuk garis melengkung
Pembaris Sesiku
- Membuat garisan bersudut tepat & garisan lurus
- Membentuk garis leher & lubang lengan
Pembaris Lurus
- Mengukur fabrik
- Mengukur & menanda garis yang lurus

c) Ukuran Badan

d) Borang Ukuran Badan

i. Garisan Melintang
  1. Leher
  2. Bahu
  3. Dada
  4. Jarak mercu dada 
  5. Bidang hadapan
  6. Bidang belakang
  7. Pinggang
  8. Pinggul
  9. Pergelangan tangan
ii. Garisan Menegak
  1. Bahu ke mercu dada
  2. Garisan tengah belakang
  3. Labuh baju
  4. Labuh lengan

e) Bahagian Pola yang Umum pada Pola Rompi atau Blaus

f) Tanda Pola
Ira Lurus
Tanda Lipatan
Tanda Imbang
Garis Pemadan
Garis Gunting
Basi Kelim / Basi Jahitan
G.T.H: Garis Tengah Hadapan
G.T.B: Garis Tengah Belakang
Lubang Butang
Butang
Ubah Suai
Lisu Pemadan

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 3-3.1

BAB 3: PAKAIAN DAN JAHITAN

3.1- Pemilihan Pakaian

a) Gentian
  • serabut serat dan filamen daripada bahan asli dan bahan buatan yang dijadikan yarn untuk menghasilkan fabrik.

b) Gentian Asli dan Gentian Buatan

i) Gentian Asli dan Sumbernya

ii) Gentian Buatan dan Sumbernya

c) Ciri-ciri Fabrik Gentian Asli dan Fabrik Gentian Buatan

Ciri-ciri gentian asli sumber tumbuhan
  1. Selesa dipakai
  2. Tidak kenyal & mudah renyuk
  3. Tahan pada suhu tinggi & sinaran cahaya matahari
  4. Tahan pada asid lemah & alkali
  5. Pengalir haba yang baik
  6. Mudah menyerap lembapan
  7. Kukuh & bertambah kukuh apabila basah
Ciri-ciri gentian asli sumber haiwan
  1. Selesa dipakai kerana lembut
  2. Pengalir haba yang baik
  3. Rosak oleh suhu yang tinggi & alkali
  4. Tidak mudah renyuk
  5. Penyerapan baik
  6. Kukuh tetapi lemah ketika basah
Ciri-ciri gentian buatan
  1. Kenyal & tidak mudah renyuk
  2. Suhu sederhana
  3. Tahan pada cahaya matahari
  4. Tahan pada asid & lemah pada alkali
  5. Kukuh tetapi lemah ketika basah
  6. Tidak selesa dipakai
  7. Menyerap sedikit lmbapan & mengalami elektrostatik
  8. Penebat haba yang baik
d) Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Pakaian
  • Keperluan fisiolagi
  • Pekerjaan
  • Budaya
  • Kemajuan teknologi
  • Keperluan sosial
  • Pendapatan dan kemampuan
  • Geografi
e) Prinsip Asas Pemilihan Pakaian

i. Bentuk badan
  • tinggi & langsing
  • tinggi & gempal
  • rendah & kurus
  • rendah & gempal
ii. Corak
  • corak kecil : lebih langsing& kurus
  • corak besar : seseorang kelihatan gempal
  • corak menegak : kelihatan tinggi & langsing
  • corak melintang : kelihatan rendah & gempal
iii. Garisan & cantuman
  • garisan menegak : lebih langsing
  • garisan mendatar/melintang : lebih rendah & gempal
  • garisan menyerong : lebih tinggi & langsing
  • garisan melengkung : - garisan tegak :tinggi langsing -garisan datar/serong: rendah&gempal
iv. Warna
  • warna asas/primer
  • warna kedua/sekunder
  • warna ketiga/tertier
     *warna panas (merah & kuning) orang kurus kelihatan gempal
     *warna sejuk ( ungu & hijau) gempal kelihatan kurus

v. Tekstur Fabrik 
  • berkilat
  • kusam
  • lutsinar
  • kasar
  • tebal
  • legap
e) Elemen Mereka Bentuk Stail Pakaian
  1. Garisan & cantuman
  2. Fabrik
  3. Garis leher
  4. Lengan
  5. Corak
  6. Warna
  7. Hiasan




Sunday, December 29, 2019

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 2-2.4

2.4- Pengurusan Tempat Kediaman

a) Tempat Kediaman
  • tempat tinggal yang dapat memberikan perlindungan , keselamatan dan keselesaan kepada ahli keluarga.
  • contoh tempat kediaman: rumah pangsapuri, rumah teres, rumah banglo dan rumah papan
b) Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Tempat Kediaman

Memenuhi:
  • keperluan fizikal
  • keperluan sosial 
  • keperluan psikologi
c) Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Jenis dan Kawasan Tempat Kediaman
  • keperluan
  • pendapatan
  • keselamatan
  • kejiranan
  • estetika
  • infrastruktur
d) Ruang dan Fungsi Tempat Kediaman

1. Ruang Sosial
  • ruang untuk berehat dan berinteraksi antara ahli keluarga dan tetamu
  • contoh: ruang tamu dan ruang makan
2. Ruang Persendirian
  • ruang untuk membersihkan, mengemaskan diri dan merehatkan diri
  • contoh: bilik tidur dan bilik mandi
3. Ruang Kerja
  • ruang utnuk melakukan aktiviti atau kerja
  • contoh: ruang kerja dan ruang dapur
e) Faktor Mempengaruhi Keselesaan Ruang Kediaman.

1. Pencahayaan
  • pencahayaan langsung
  • pencahayaan tidak langsung
  • pencahayaan am
2. Pengudaraan
3. Alatan dan Kelengkapan
4. Keselamatan
  • memasang jeriji besi
  • mempunyai alat pemadam api
  • menghidupkan penggera keselamatan
  • mempunyai alat pengesan asap
  • melabelkan ubat-ubatan dan bahan beracun
5. Lantai dan Penutup Lantai
6. Skema Warna
  • Jingga, Merah, Kuning: ruang kecil supaya kelihatan besar
  • Biru Cair, Hijau Cair, Ungu: ruang tenang dan sejuk
  • Coklat, Hitam, Biru: ruang besar kelihatan kecil
f) Alatan Berteknologi di Tempat Kediaman
  • Peti ais 
  • Dapur masak
  • Ketuhar gelombang mikro
  • Pengering rambut
  • Setertika
  • Mesin basuh
  • Cerek elektronik
  • Penyeman udara
g) Pengaruh Teknologi Terhadap Pengurusan Tempat Kediaman
  • Masa
  • Tenaga
  • Perbelanjaan
  • Kualiti hidup
  • Keselamatan
h) Kedudukan Alatan Berteknologi dalam Ruang Kediaman

1. Ruang Dapur
  • peti sejuk + almari makanan perlu berdekatan meja kerja untuk menghadkan pergerakan semasa penyediaan dan penyimpanan makanan.
  • singki di tepi tingkap untuk pencahayaan dan pengudaraan
  • dapur masak jauh daripada singki
2. Ruang Mendobi
  • mesin basuh berdekatan sumber air dan bekalan elektrik di tepi tingkap atau pintu utnuk pengudaraan dan pencahayaan yang cukup
  • bahan pencuci dan alatan cucian disimpan berhampiran mesin basuh
3. Ruang Tamu atau Ruang Istirahat
  • susun atur perabot dan kelengkapan perlu bersesuaian dengan saiz ruang tamu atau ruang istirahat dan tidak mengganggu laluan.
  • alatan berteknologi seperti televisyen, radio, kipas angin duduk dan lain-lain perlu diletakkan berhampiran suiz elektrik

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 2-2.3

2.3- Pengurusan Konflik Dalam Keluarga

a) Konflik Keluarga
  • Bermaksud perselisihan / penentangan idea antara individu
b) Punca Konflik dalam Keluarga
  • Masalah kewangan
  • Halangan komunikasi
  • Cara didikan ibu bapa
c) Kesan Konflik kepada Remaja

Kesan Positif
  1. Menerapkan nilai yang baik hasil daripada tunjuk ajar, nasihat dan galakkan keluarga
  2. Belajar menyesuaikan diri untuk mencapai peringkat kedewasaan
  3. Meningkatkan harga diri
  4. Bersyukur terhadap segala nikmat kurniaan tuhan
Kesan Negatif
  1. Tidak selamat sama ada berada di dalam rumah atau di luar rumah
  2. Berasa tertekan kerana menghadapi masalah dengan keluarga dan rakan sebaya
  3. Berasa takut, sedih dan pesimis yang mengakibatkan remaja terjebak dengan gejala sosial
  4. Boleh terlibat dengan keganasan
d) Cara Meningkatkan Hubungan Baik dalam Keluarga
  • Komunikasi yang berkesan
  • Aktiviti bersama
  • Amalan berkasih sayang
  • Perbincangan secara bersama
  • Pembimbing anak-anak.
  • Penyesuaian diri dengan budaya dan tradisi

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 2-2.2

2.2- Pengurrusan Sumber Kewangan Keluarga

a) Sumber Pendapatan Keluarga
  • Pekerjaan Hakiki
  • Sumber Alternatif
b) Faktor Mempengaruhi Jumlah Pendapatan dan Perbelanjaan Keluarga
  • Pendidikan
  • Saiz, Komposisi dan Kitaran Keluarga
  • Ekonomi Negara
  • Pendapatan
c) Bajet
  • Bermaksud satu pelan kewangan, iaitu cara mengimbangi wang yang dimiliki dengan wang yang dibelanjakan 
Tujuan
  • mencapai matlamat, keperluan dan kehendak
  • mengelakkan pembaziran
  • menggalakkan keluarga membuat simpanan
  • mengenal pasti sumber pendapatan yang boleh dibelanjakan
d) Langkah-Langkah Menyediakan Bajet
  1. Menentukan matlamat keluarga
  2. Menentukan kategori keperluan
  3. Menganggarkan pendapatan
  4. Menganggarkan perbelanjaan
  5. Mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan
  6. Menilai bajet
e) Matlamat Kewangan

Jenis Matlamat
  1. Jangka Pendek
  2. Jangka Sederhana
  3. Jangka Panjang
f) Perbezaan Keperluan dan Kehendak

Keperluan
  1. Terhad dan tidak ada banyak pilihan
  2. Tuntutan semula jadi
  3. Mudah dipuaskan dan sama untuk semua manusia
Kehendak
  1. Tidak terhad dan terdapat banyak pilihan
  2. Melalui pengalaman
  3. Tidak mudah dipuaskan dan berbeza mengikut seorang individu dengan individu yang lain
g) Kesan Penetapan Matlamat

Kesan Positif
  • Memupuk sikap positif seperti bersungguh-sungguh, tabah, sabar, cekal dan berani menghadapi risiko
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga
  • Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi setiap ahli dalam keluarga
Kesan Negatif
  • Mengundang rasa tertekan dalam diri ahli keluarga
  • Mencetuskan nilai negatif dalam diri seperti antisosial
h) Kepentingan Elemen Simpanan dan Pelaburan
  • Membiayai kos pendidikan anak-anak tanpa perlu membuat pinjaman pendidikan
  • Menyediakan wang untuk persaraan dan menikmati kehidupan yang lebih selesa selepas bersara
  • Menyediakan wang pendahuluan dan kos urusan pembelian apabila membeli aset seperti rumah atau tanah
  • Menikmati kehidupan yang lebih berkualiti apabila mampu memiliki manfaat hasil peningkatan pendapatan.

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 2-2.1

BAB 2: PENGURUSAN SUMBER KELUARGA DAN TEMPAT KEDIAMAN

2.1- Pengurusan Sumber Keluarga

a) Sruktur, Fungsi dan Peranan Keluarga.

Struktur Keluarga

1. Keluarga Nuklear
  • Keluarga asas
  • Terdiri daripada ibu bapa, anak kandung atau anak angkat yang tinggal bersama
2. Keluarga Induk Tunggal
  • Induk, iaitu ibu, bapa yang tidak tinggal bersama dalam satu bumbung
  • Terjadi akibat penceraian, kematian atau perpisahan
3. Keluarga Luas
  • Terdiri daripada individu yang ada pertalian darah atau hasil perkahwinan
  • Seperti datuk, nenek, ibu atau bapa saudara, dan sepupu yang tinggal di bawah satu bumbung
4. Keluarga Poligami
  • Bapa mempunyai dua atu lebih isteri
Fungsi Keluarga
  1. Biologi
  2. Psikologi
  3. Sosiologi
  4. Pendidikan
  5. Sosial
Peranan ahli keluarga

>Faktor yang mempengaruhi peranan ahli keluarga
  • Status ekonomi keluarga
  • Sosiobudaya
  • Umur
  • Kedudukan ahli keluarga
  • Jantina
b) Jenis Sumber Keluarga

1. Sumber Manusia
  • terdapat pada diri individu yang boleh digunakan
  • contoh: Masa, Pengetahuan, Tenaga, Kemahiran, Sikap dan Minat dan kebolehan
2. Sumber Bukan Manusia
  • sumber yang terdapat di persekitaran
  • contoh: Kemudahan masyarakat, Wang, Harta benda dan Infrastruktur
c) Pengurusan Sumber Keluarga dan Kepentingannya.

Perlu diracang kerana:
  • Mewujudkan persefahaman dan mengurangkan konflik
  • Menambahkan pendapatan keluarga dan mengurangkan pembaziran
  • Mencapai matlamat dan meningkatkan kesejahteraan keluarga
d) Pengurusan Sumber Keluarga Berkesan

Faktor
  • Saiz, komposisi dan kitaran hidup
  • Taraf sosioekonomi keluarga
  • Sikap dan amalan pengurusan 
  • Taraf pendidikan keluarga
  • Lokasi tempat kediaman

e) Cabaran Pengurusan Sumber Keluarga
  • Peningkatan masalah dan jenayah dalam keluarga
  • Kurang masa yang berkualiti bersama keluarga
  • Jurang Generasi 
  • Kurang kemahiran Keibubapaan
  • Input negatif daripada media elektronik
f) Penyelesaian Masalah Pengurusan Sumber Keluarga
  • Merancang dan menilai urusan kewangan
  • Mendidik anak melalui kemahiran keibubapaan yang kreatif
  • Mewujudkan suasana rumah tangga yang harmoni
  • Menangani permasalahan dengan komunikasi yang berkesan
  • Mendidik anak melalui pendidikan agama dan moral

Tuesday, December 24, 2019

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 1-1.3

1.3- Peningkatan Kendiri

a) Mengenal Diri
  • Fizikal
  • Kebolehan
  • Kemahiran
  • Minat 
  • Bakat
  • Sikap 
  • Nilai
b) Peningkatan Kendiri

Faktor Mempengaruhi Peningkatan Kendiri
  1. Genetik
  2. Persekitaran
Kepentingan Peningkatan Kendiri
  1. Membuat keputusan
  2. Menentukan setiap tindakan yang akan diambil supaya betul dan tepat
  3. Persediaan menghadapi cabaran pada masa depan
c) Kaedah Mendapat Maklum Balas Peningkatan Kendiri
  1. Ujian Psikometrik
  2. Ujian Aptitud

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 1-1.2

1.2- Semangat Kerja Sepasukan

a) Semangat Kerja Sepasukan dan Kepentingannya
  • bermaksud penglibatan individu yang saling bekerjasama antara satu sama lain.
Kepentingan Semangat Kerja Sepasukan
  1. Mengeratkan hubungan dan kerjasama dalam satu pasukan.
  2. Menghasilkan idea yang bernas melalui permuafakatan.
  3. Menjimatkan masa yang ditetapkan dalam menyelesaikan tugas.
  4. Mengurangkan masalah melalui jalan penyelesaian yang dipersetujui secara bersama.
  5. Melancarkan dan memudahkan kerja.
  6. Menjimatkan sumber tenaga manusia.
  7. Mewujudkan semangat kerja yang efektif
b) Komunikasi yang berkesan
  • bermaksud proses pemindahan/pertukaran maklumat dan idea antara dua/lebih individu.
Kepentingan Komunikasi Berkesan
  1. Memudahkan pencapaian matlamat/objektif dalam pasukan.
  2. Meningkat prestasi kerja individu.
  3. Mewujudkan semangat kekitaan, perpaduan dan kerukunan yang akan membantu kejayaan organisasi.
c) Kaedah Menyampaikan Maklumat.

i. Komunikasi Lisan
  • Perbincangan
  • Mesyuarat
  • Temu Duga
  • Pembentangan
  • Video
  • Perbualan
  • Perbahasan
ii. Komunikasi Bukan Lisan
  • Komunikasi Penulisan
  • Bahasa Tubuh
  • Media Elektronik
  • Bahasa Isyarat
  • Media Cetak
d) Teknik Menyampaikan Maklumat
  1. Persiapan Tajuk
  2. Persiapan Diri
  3. Adab
e) Kaedah Mengekalkan Hubungan Baik dalam Pasukan
    1. Komited terhadap tugasan
    2. berkomunikasu secara terbuka
    3. Mengelakkan konflikperselisihan faham
    4. Memelihara dan mengekalkan hubungan baik

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 1-1.1.2

c) Kepentingan Budaya Kerja Positif

  1. Bekerja mengikut garis masa (Carta Gantt)
  2. Mengikut arahan dengan betul
  3. Menjaga kebersihan dan kekemasan ruang kerja
d) Carta Organisasi


f) Semangat Kerjasama dalam Pasukan
   
    Ciri-ciri 
  1. Patuh Arahan
  2. Bertanggungjawab
  3. Sistematik
  4. Berkerjasama