Tuesday, December 31, 2019

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 3-3.4

3.4- Penghasilan Blaus atau Rompi

a) Proses Jahitan

1. Kelim
  • kelim betawi
  • kelim papan mesin
  • kelim lipat tindih
  • kelim belah kangkung
2. Garis Leher
  • kun
  • lapik
3. Belah
4. Penghilang Gelembung
5. Penyudah Tepi
6. Kancing
  • butang & lubang butang
  • butang katup
  • zip
  • velkro
  • riben
  • cangkuk & palang
b) Cara Menggunakan Mesin Jahit dengan Teknik yang Betul

Sebelum Menjahit
  1. Pasangkan jarum di pemegang jarum. Pastikan bahagian yang rata menghala ke skru pemegang jarum.
  2. Pasangkan benang bawah
  3. Pasangkan benang atas
  4. Naikkan benang bawah dan tarikkan ke belakang penekan
  5. Laraskan mata jahitan
Semasa Mula Menjahit
  1. Letakkan fabrik di bawah penekan jahitan
  2. Pusing roda imbang ke hadapan untuk menurunkan jarum menembusi fabrik
Selepas Menjahit
  1. Naikkan jarum mesin setinggi yang boleh
  2. Naikkan tuas angkat
  3. Tarik fabrik ke belakang mesin untuk mengelakkan jarum daripada bengkok.
Peraturan Keselamatan Menggunakan Mesin Jahit
  1. Jangan biarkan mesin jahit bersambung dengan elektrik tanpa digunakan.
  2. Pastikan debu atau cebisan kain tidak terkumpul di lubang peredaraan udara dan kawalan kaki.
  3. Jangan keluarkan plag daripada punca elektrik dengan menarik kabel.
  4. Jauhi daripada segala bahagian bergerak dan berikan perhatian sewajarnya kepada bahagian di sekeliling jarum mesin jahit.
  5. Jangan menggunakan jarum yang bengkok.
  6. Jangan menolak atau menarik fabrik apabila menjahit.
  7. Mematikan suis apabila menyelaraskan bahagian jarum, memasang benang, menukar jarum, memasang benang gelendong atau menukar tapak penekan dan sebagainya

No comments:

Post a Comment