Wednesday, January 08, 2020

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 4- 4.5

4.5- Label Makanan

a) Label Makanan
  • Label membantu pengguna membuat pilihan makanan yang bijak.
  • Kementerian Kesihatan Malaysia telah menguatkuasakan undang-undang bagi label makanan sama ada makanan dalam tin, plastik, kotak dan sebagainya.
b) Kepentingan Label Makanan
  1. Memudahkan pemantauan daripada pihak berkuasa
  2. Membuat pilihan yang bijak
  3. Menyokong aktiviti pendidikan makanan
  4. Menyediakan sajian bermutu dan seimbang
  5. Mengutamakan kandungan zat makanan dalam produk
Tujuan 
  1. Memilih makanan yang sihat dan menyeluruh
  2. Menilai makanan
  3. Menjamin kualiti produk
Maklumat yang tedapat pada label makanan bergantung pada perkara:
  • Benar dan tepat
  • Boleh diterima kerana maklumat mestilah mempunyai kesahihan dan kredibiliti
  • Boleh difahami melalui penyampaian maklumat yang tidak mengelirukan pengguna
  • Nyata dan jelas
c) Maklumat Pada Label Makanan
  1. Nama produk
  2. Bahasa yang digunakan ialah bahasa malaysia ataupun bahasa inggeris
  3. Gambar yang menjadi ramuan sahaja yang boleh disertakan pada label
  4. Senarai ramuan yang digunakan perlu dinyatakan denga jelas dan disusun mengikut susunan berat menurun
  5. Penyertaan bahan aditif yang digunakan mestilah dinyatakan
  6. Berat bersih / isi padu / bilangan minimum isi bungkusan
  7. Nama dan alamat pengilang / pengimport / negara asal perlu dinyatakan dengan jelas pada label
  8. Penandaan tarikh luput
  9. Penyataan cadangan hidangan
  10. Maklumat pemakanan dinyatakan mengikut jadual komposisi makanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  11. Logo 'HALAL' yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti jakim mestilah dalam tempoh sah laku
  12. Penyataan / akuan yang mengelirukan pengguna tidak dibenarkan pada label makanan
  13. Makanan yang mengandungi bakteria Bifido perlu mempunyai maklumat seperti bilangan bakteria hidup

No comments:

Post a Comment