Sunday, December 29, 2019

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 2-2.4

2.4- Pengurusan Tempat Kediaman

a) Tempat Kediaman
  • tempat tinggal yang dapat memberikan perlindungan , keselamatan dan keselesaan kepada ahli keluarga.
  • contoh tempat kediaman: rumah pangsapuri, rumah teres, rumah banglo dan rumah papan
b) Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Tempat Kediaman

Memenuhi:
  • keperluan fizikal
  • keperluan sosial 
  • keperluan psikologi
c) Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Jenis dan Kawasan Tempat Kediaman
  • keperluan
  • pendapatan
  • keselamatan
  • kejiranan
  • estetika
  • infrastruktur
d) Ruang dan Fungsi Tempat Kediaman

1. Ruang Sosial
  • ruang untuk berehat dan berinteraksi antara ahli keluarga dan tetamu
  • contoh: ruang tamu dan ruang makan
2. Ruang Persendirian
  • ruang untuk membersihkan, mengemaskan diri dan merehatkan diri
  • contoh: bilik tidur dan bilik mandi
3. Ruang Kerja
  • ruang utnuk melakukan aktiviti atau kerja
  • contoh: ruang kerja dan ruang dapur
e) Faktor Mempengaruhi Keselesaan Ruang Kediaman.

1. Pencahayaan
  • pencahayaan langsung
  • pencahayaan tidak langsung
  • pencahayaan am
2. Pengudaraan
3. Alatan dan Kelengkapan
4. Keselamatan
  • memasang jeriji besi
  • mempunyai alat pemadam api
  • menghidupkan penggera keselamatan
  • mempunyai alat pengesan asap
  • melabelkan ubat-ubatan dan bahan beracun
5. Lantai dan Penutup Lantai
6. Skema Warna
  • Jingga, Merah, Kuning: ruang kecil supaya kelihatan besar
  • Biru Cair, Hijau Cair, Ungu: ruang tenang dan sejuk
  • Coklat, Hitam, Biru: ruang besar kelihatan kecil
f) Alatan Berteknologi di Tempat Kediaman
  • Peti ais 
  • Dapur masak
  • Ketuhar gelombang mikro
  • Pengering rambut
  • Setertika
  • Mesin basuh
  • Cerek elektronik
  • Penyeman udara
g) Pengaruh Teknologi Terhadap Pengurusan Tempat Kediaman
  • Masa
  • Tenaga
  • Perbelanjaan
  • Kualiti hidup
  • Keselamatan
h) Kedudukan Alatan Berteknologi dalam Ruang Kediaman

1. Ruang Dapur
  • peti sejuk + almari makanan perlu berdekatan meja kerja untuk menghadkan pergerakan semasa penyediaan dan penyimpanan makanan.
  • singki di tepi tingkap untuk pencahayaan dan pengudaraan
  • dapur masak jauh daripada singki
2. Ruang Mendobi
  • mesin basuh berdekatan sumber air dan bekalan elektrik di tepi tingkap atau pintu utnuk pengudaraan dan pencahayaan yang cukup
  • bahan pencuci dan alatan cucian disimpan berhampiran mesin basuh
3. Ruang Tamu atau Ruang Istirahat
  • susun atur perabot dan kelengkapan perlu bersesuaian dengan saiz ruang tamu atau ruang istirahat dan tidak mengganggu laluan.
  • alatan berteknologi seperti televisyen, radio, kipas angin duduk dan lain-lain perlu diletakkan berhampiran suiz elektrik

No comments:

Post a Comment