a) Sumber Pendapatan Keluarga
- Pekerjaan Hakiki
- Sumber Alternatif
b) Faktor Mempengaruhi Jumlah Pendapatan dan Perbelanjaan Keluarga
- Pendidikan
- Saiz, Komposisi dan Kitaran Keluarga
- Ekonomi Negara
- Pendapatan
c) Bajet
- Bermaksud satu pelan kewangan, iaitu cara mengimbangi wang yang dimiliki dengan wang yang dibelanjakan
Tujuan
- mencapai matlamat, keperluan dan kehendak
- mengelakkan pembaziran
- menggalakkan keluarga membuat simpanan
- mengenal pasti sumber pendapatan yang boleh dibelanjakan
d) Langkah-Langkah Menyediakan Bajet
- Menentukan matlamat keluarga
- Menentukan kategori keperluan
- Menganggarkan pendapatan
- Menganggarkan perbelanjaan
- Mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan
- Menilai bajet
e) Matlamat Kewangan
Jenis Matlamat
- Jangka Pendek
- Jangka Sederhana
- Jangka Panjang
f) Perbezaan Keperluan dan Kehendak
Keperluan
- Terhad dan tidak ada banyak pilihan
- Tuntutan semula jadi
- Mudah dipuaskan dan sama untuk semua manusia
Kehendak
- Tidak terhad dan terdapat banyak pilihan
- Melalui pengalaman
- Tidak mudah dipuaskan dan berbeza mengikut seorang individu dengan individu yang lain
g) Kesan Penetapan Matlamat
Kesan Positif
- Memupuk sikap positif seperti bersungguh-sungguh, tabah, sabar, cekal dan berani menghadapi risiko
- Meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga
- Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi setiap ahli dalam keluarga
Kesan Negatif
- Mengundang rasa tertekan dalam diri ahli keluarga
- Mencetuskan nilai negatif dalam diri seperti antisosial
h) Kepentingan Elemen Simpanan dan Pelaburan
- Membiayai kos pendidikan anak-anak tanpa perlu membuat pinjaman pendidikan
- Menyediakan wang untuk persaraan dan menikmati kehidupan yang lebih selesa selepas bersara
- Menyediakan wang pendahuluan dan kos urusan pembelian apabila membeli aset seperti rumah atau tanah
- Menikmati kehidupan yang lebih berkualiti apabila mampu memiliki manfaat hasil peningkatan pendapatan.
No comments:
Post a Comment