Saturday, February 08, 2020

Peranan Pihak Sekolah untuk Memupuk Masyarakat Penyayang


Pendahuluan
  • Masyarakat Penyayang merupakan cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020
  • Kelompok masyarakat perlu saling menghormati, monolong dan berbuat jasa sebagai asasperpaduan masyarakat
  • Permuafakatan masyarakat kian terhakis kerana bersifat individualistik yang menjadi punca berlakunya masalah sosial dan banyak dilaporkan oleh media massa
Isi 1: pihak sekolah melancarkan program penyayang di sekolah
  • sekolah tempat penerapan ilmu dan nilai murni sejak kecil, melentur buluh biarlah dari rebungnya
  • melibatkan semua guru dan murid melalui program ceramah dan konsultan bertauliah 
  • memakai lencana guru dan murid penyayang, aktiviti pertandingan menulis esei, fotografi
  • menonjolkan imej sekolah yang baik kepada pengunjung
Isi 2 : peranan guru sebagai ibu bapa di sekolah
  • murid menghabiskan masa di sekolah dengan belajar dan melaksanakan pelbagai aktiviti
  • guru sentiasa menasihati dengan tutur kata yang lembut dan berhemah 
  • mendekati murid yang bermasalah dan mengambil berat tentang masalah murid 
  • murid berasa dihargai menyebabkan hubungan erat antara guru dan murid
Isi 3 : peranan guru mata pelajaran menerapkan budaya penyayang semasa proses pembelajaran
  • ilmu merentas kurikulum melalui Pendidikan Sivik, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
  • budaya penyayang diterapkan supaya wujud sifat menyayangi harta benda awam
  • menggalakkan murid berkelakuan positif sesama rakan dengan menyayangi rakan
  • menggunakan bahasa yang baik ketika menegur tindakan murid semasa belajar
Isi 4 : pihak sekolah mengadakan lawatan ke rumah-rumah kebajikan 
  • memberikan kesedaran kepada murid dengan cara menyayangi insan lain yang serba kekurangan
  • rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang tua dan persatuan kanak-kanak spastik
  • mengadakan aktiviti gotong-royang dengan cara membersihkan rumah kebajikan
  • memberikan sumbangan kepada masyarakat
Kesimpulan
  • kasih sayang adalah fitrah manusia yang menjamin kesejahteraan masyarakat
  • semua pihak berkolaboratif dalam menjayakan hasrat mewujudkan masyarakat penyayang
  • generasi muda yang memiliki sifat kasih sayang membolehkan pembentukan negara yang terpuji

No comments:

Post a Comment