Monday, January 20, 2020

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 5 - 5.1

BAB 5: PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

5.1- Pengenalan Perniagaan dan Keusahawanan

a) Peniaga, Perniagaan, Usahawan dan Keusahawanan.

1. Peniaga
  • seseorang yang melakukan kegiatan membeli dan menjual barang atau perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan.

2. Perniagaan
  • aktiviti membeli dan menjual barang dan perkhidmatan dengan tujuan memperoleh keuntungan.
3. Usahawan
  • individu yang melakukan kegiatan membeli, menghasilkan barang baharu atau membuat pengubahsuaian dan memasarkannya untuk mendapatkan keuntungan.
4. Keusahawanan
  • kemampuan, kebolehan dan kecenderungan seseorang meneroka peluang perniagaan, mengusahakan perniagaan, membuat pembaharuan atau pengubahsuaian demi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.
  • aktiviti keusahawanan dalam memenuhi keperluan dan kehendak manusia, mengusahakan dan mengembangkan perniagaan, melakukan perubahan dan pembaharuan bagi menigkatkan pengeluaran serta menjayakan perniagaan untuk kepentigan diri sendiri, masyarakat dan negara.

b) Perbandingan Ciri antara Peniaga dengan Usahawan.

Perbandingan ciri antara peniaga dengan usahawan

Perbandingan kelebihan antara peniaga dengan usahawan

c) Ciri-ciri Usahawan Abad ke-21
  • Sentiasa Peka dan Bijak Mengambil Peluang
  • Bermaklumat
  • Kreatif dan Inovatif
  • Optimistik
  • Proaktif
d) Peranan Usahawan
  1. Mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan
  2. Memenuhi kehendak dan keperluan komuniti
  3. Mengkaji dan menguji penemuan dan ciptaan baharu
  4. Menyumbang kepada pembangunan ekonomi
  5. Meningkatkan taraf hidup
e) Peranan Agensi dalam Membantu Usahawan





No comments:

Post a Comment