Tuesday, January 21, 2020

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 5 - 5.3

5.3- Perancangan Perniagaan

a) Rancangan Perniagaan
  • dokumen yang menerangkan secara terperinci berkenaan selok belok sesebuah perniagaan termasuk pelan awal, keperluan modal, rancangan pemasaran, jualan dan unjuran keuntungan.
Tujuan Menyediakan Rancangan Perniagaan
  • Menyakinkan pihak tertentu seperti Bank bagi memperoleh sumber pembiayaan kewangan.
  • Melihat dan menilai perniagaan
  • Mengkaji dan menilai potensi
  • Mengagihkan sumber dengan lebih baik
  • Menjadi garis panduan untuk menguruskan perniagaan
b) Struktur Rancangan Perniagaan
  1. Ringkasan Eksekutif
  2. Objektif Rancangan Perniagaan 
  3. Latar Belakang Perniagaan
  4. Latar Belakang Pemilikan 
  5. Latar Belakang Cadangan Projek
  6. Rancangan Organisasi
  7. Rancangan Pemasaran
  8. Rancangan Operasi atau Pengeluaran
  9. Rancangan Kewangan Rumusan 
  10. Dokumen Sokongan
c) Pemasaran
  • aktiviti perniagaan yang dilakukan untuk menyalurkan barang-barang atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir



i) Produk

  • Barang berbentuk fizikal dan bukan fizikal (perkhidmatan).
Ciri-ciri produk yang baik
  • Kualiti
  • Jenama
  • Pembungkusan dan pelabelan 
  • Jaminan dan Khidmat sampingan
ii) Harga
  • Kos kepada pembeli untuk memiliki barangan atau perkhidmatan.
Faktor yang Perlu Diambil Kira untuk Menetapkan Harga
  • Pemintaan Pengguna
  • Kos 
  • Persaingan
iii) Promosi
  • Usaha yang dijalankan oleh pihak penjual untuk mewujudkan, melariskan dan mengekalkan pasaran bgi sesuatu keluaran.
Matlamat Promosi
  • Memaklumkan kepada pelanggan tentang produk baharu di pasaran
  • Memujuk pelanggan untuk membeli produk tersebut
  • Meningkatkan penggunaan produk yang telah lama berada di pasaran
  • Meningkatkan dan meluaskan jualan di pasaran
  • Mengekalkan imej produk di pasaran
  • Mengatasi pesaing-pesaing yang menjual barangan yang sama.
Contoh Promosi
  • Pengiklanan
  • Promosi Jualan
  • Publisiti
  • Jualan Langsung
iv) Tempat
  • Pemilihan tempat yang sesuai untuk memasarkan produk dan perkhidmatan penting kerana kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan itu amat bergantung kepada faktor ini.
Faktor Pemilihan Tempat
  • Jenis Perniagaan
  • Modal
  • Undang-undang dan Peraturan
  • Persaingan
  • Jenis Pelanggan
  • Kemudahan Infrastruktur
d) Saluran Pemasaran
  • Cara atau proses barang diedarkan daripada pengeluar kepada pengguna pada masa, tempat dan harga yang bersesuaian.
Jenis-jenis Saluran Pemasaran.
  1. Pengeluar > Pemborong > Peruncit > Pengguna
  2. Pengeluar > Ejen > Peruncit > Pengguna
  3. Pengeluar > Pemborong > Pengguna
  4. Pengeluar > Peruncit > Pengguna
  5. Pengeluar > Ejen > Pengguna
  6. Pengeluar > Pengguna

No comments:

Post a Comment