Monday, February 17, 2020

Langkah Menarik Minat Ibu Bapa Menghadiri Program Hari Terbuka Sekolah

Pendahuluan
  • Hari Terbuka bertujuan membincangkan apa-apa juga hal yang berkaitan persekolahan anak-anak mereka
  • ibu bapa boleh melawat dan melihat suasana tempat anak-anak mereka belajar
  • sambil menyelam minum air
Isi 1: pihak sekolah mengadakan hebahan dan promosi
  • ibu bapa sering terlupa tentang program tersebut kerana kesibukan bekerja
  • anak-anak yang tidak menyampaikan surat jemputan kepada ibu bapa masing-masing
  • hebahan di kumpual 'whatsapp' , 'facebook' atau laman sesawang rasmi
Isi 2: pihak sekolah memilih tempat yang sesuai
  • kebanyakan ibu bapa sudah berusia, sering kali menghadapi masalah jika hendak ke kelas yang kedudukannya di tingkat tiga atau empat bangunan sekolah
  • lokasi yang sesuai ialah di dewan atau di kelas tingkat bawah bangunan sekolah
  • ibu bapa tentu akan lebih selesa apabila berkunjung ke sekolah bagi menjayakan Hari Terbuka sekolah
  • mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih
Isi 3: pihak sekolah mengadakan hari terbuka dalam jangka masa yang lebih panjang
  • terdapat ibu bapa yang datang lebih awal atau terlalu lewat 
  • ibu bapa yang datang terlalu awal sebelum guru-guru sempat bersedia atau ibu bapa datang selepas tamat waktu bekerja
  • pihak sekolah boleh mengadakan jadual yang sesuai kepada guru-guru agar dapat berbincang dengan ibu bapa dalam jangka masa yang lebih panjang
  • ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak
Isi 4: pihak sekolah mempelbagaikan acara pada hari berkenaan
  • suasana pada hari berkenaan yang tidak menarik akan menyebabkan ibu bapa kurang berminat untuk hadir ke sekolah
  • ibu bapa sudah tentu ingin mengetahui lebih banyak perkara berkaitan hal persekolahan anak-anak mereka 
  • mengadakan Hari Keusahawanan dan Pameran seperti gerai jualan serta pelbagai permainan
  • semua ahli keluarga iaitu ibu, bapa, abang, kakak dan adik akan turut hadir bagi memeriahkan program ini
Kesimpulan
  • semua pihak yang berobligasi perlu memastikan bahawa ibu bapa dapat hadir pada hari terbuka sekolah
  • pelajar aset yang amat penting pada masa akan datang dan merupakan pemimpin yang akan mencorakkan hala tuju dan kemajuan negara kita, Malaysia
  • ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni

Sunday, February 16, 2020

Usaha Pelbagai Pihak Dalam Menerapkan Nilai Kasih Sayang dalam Kalangan Masyarakat

Pendahuluan
  • cabaran ketujuh Wawasan 2020
  • sebagai kelompok masyarakat yang hidup dalam suasana saling menghormati, berbakti, memberi khidmat, menolong, berbuat jasa, menabur budi, melakukan kenajikan, menunjukkan rasa kasih dan belas kasihan
  • bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
Isi 1: setiap individu haruslah mempunyai didikan agama dan moral yang mantap dan utuh
  • semua agama mengajar umatnya membuat kebaikan kerana setiap kebaikan akan mendapat ganjaran yang setimpal
  • keimanan yang tebal sudah pasti kita tidak akan melakukan kezaliman dan penganiayaan kepada insan lain
  • banyak contoh kes yang berlaku kerana kurang didikan agama seperti penderaan, penyalahgunaan dadah dan pelbagai kes jenayah
  • iman senipis kulit bawang
Isi 2: ibu bapa menjadi suri teladan
  • golongan muda atau anak-anak kebanyakkannya kurang matang dan sering mengikut rasa hati 
  • ibu bapa sendiri perlu mencurahkan kasih sayang kepada anak mereka supaya anak-anak yang membesar tidak akan rasa kekurangan kasih sayang
  • amalan dalam kehidupan seharian seperti budaya bersalaman, menjaga tutur kata dan cara bergaul perlu dipraktikkan
  • umur setahun jagung, bapa borek anak rintik
Isi 3: pihak sekolah menerapkan nilai kasih sayang dalam sukatan mata pelajaran
  • sekolah dianggap sebagai rumah kedua kerana murid banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dengan pelbagai aktiviti sama ada kurikulum mahupun kokurikulum
  • pendedahan nilai-nilai murni harus didedahkan dan seterusnya disemai ke dalam jiwa setiap murid
  • contoh dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sivik dan Kewarganegaraan
  • melentur buluh biarlah dari rebungnya
Isi 4: pihak kerajaan mengadakan kempen kesedaran yang efektif
  • masyarakat boleh mendapat banyak maklumat tentang kepentingan kasih sayang dalam masyarakat
  • kempen-kempen ini haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya bermusim
  • kempen melalui media massa yang berkesan seperti di laman sosial
  • maklumat di hujung jari
Kesimpulan
  • semua pihak memainkan peranan yang sangat penting
  • masyarakat kita akan dipandang tinggi sebagai sebuah bangsa yang bukan sahaja maju dari aspek kebendaan tetapi kaya dengan budaya penyayang
  • imej negara akan harum di persada dunia dan masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat kelas pertama kerana ketinggian akhlaknya.

Saturday, February 08, 2020

Peranan Pihak Sekolah untuk Memupuk Masyarakat Penyayang


Pendahuluan
  • Masyarakat Penyayang merupakan cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020
  • Kelompok masyarakat perlu saling menghormati, monolong dan berbuat jasa sebagai asasperpaduan masyarakat
  • Permuafakatan masyarakat kian terhakis kerana bersifat individualistik yang menjadi punca berlakunya masalah sosial dan banyak dilaporkan oleh media massa
Isi 1: pihak sekolah melancarkan program penyayang di sekolah
  • sekolah tempat penerapan ilmu dan nilai murni sejak kecil, melentur buluh biarlah dari rebungnya
  • melibatkan semua guru dan murid melalui program ceramah dan konsultan bertauliah 
  • memakai lencana guru dan murid penyayang, aktiviti pertandingan menulis esei, fotografi
  • menonjolkan imej sekolah yang baik kepada pengunjung
Isi 2 : peranan guru sebagai ibu bapa di sekolah
  • murid menghabiskan masa di sekolah dengan belajar dan melaksanakan pelbagai aktiviti
  • guru sentiasa menasihati dengan tutur kata yang lembut dan berhemah 
  • mendekati murid yang bermasalah dan mengambil berat tentang masalah murid 
  • murid berasa dihargai menyebabkan hubungan erat antara guru dan murid
Isi 3 : peranan guru mata pelajaran menerapkan budaya penyayang semasa proses pembelajaran
  • ilmu merentas kurikulum melalui Pendidikan Sivik, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
  • budaya penyayang diterapkan supaya wujud sifat menyayangi harta benda awam
  • menggalakkan murid berkelakuan positif sesama rakan dengan menyayangi rakan
  • menggunakan bahasa yang baik ketika menegur tindakan murid semasa belajar
Isi 4 : pihak sekolah mengadakan lawatan ke rumah-rumah kebajikan 
  • memberikan kesedaran kepada murid dengan cara menyayangi insan lain yang serba kekurangan
  • rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang tua dan persatuan kanak-kanak spastik
  • mengadakan aktiviti gotong-royang dengan cara membersihkan rumah kebajikan
  • memberikan sumbangan kepada masyarakat
Kesimpulan
  • kasih sayang adalah fitrah manusia yang menjamin kesejahteraan masyarakat
  • semua pihak berkolaboratif dalam menjayakan hasrat mewujudkan masyarakat penyayang
  • generasi muda yang memiliki sifat kasih sayang membolehkan pembentukan negara yang terpuji

Sunday, February 02, 2020

Faedah Amalan Kebersihan Diri

Pendahuluan
  • kebersihan diri perlu diamalkan oleh setiap individu, penting untuk kesihatan
  • dipupuk oleh ibu bapa sejak kecil, melentur buluh biarlah dari rebungnya
  • kebersihan sebahagian daripada iman
Isi 1: badan menjadi sihat
  • kuman atau bakteria tidak menjangkiti orang yang menjaga kebersihan diri
  • kerap mandi dan basuh tangan sebelum makan
  • mengelakkan penyakit kulit, masalah pernafasan, asma dan batuk
  • sudah terhantuk baru terngadah
Isi 2 : dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran 
  • tiada masalah kesihatan membolehkan seseorang fokus ketika belajar
  • memberikan tumpuan penuh dan sentiasa bertanya kepada guru
  • mata pelajaran sukar, Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik, boleh cemerlang dalam peperiksaan
  • akal yang sihat ada pada badan yang cergas
Isi 3 : disukai oleh orang lain
  • badan bersih, tidak berbau, penampilan sentiasa kemas
  • mudah bergaul dan mendapat kerjasama untuk melakukan aktiviti
  • bersukan, bersenam dan berkelah bersama-sama dapat mengeratkan silaturahim
Isi 4 : melakukan aktiviti harian tanpa halangan 
  • badan yang sihat dan cergas, mudah bergerak ke mana-mana
  • dapat menjalankan pembelajaran dan bersosial, tidak menyukarkan orang lain
  • belajar di sekolah, kelas tambahan dan solat di masjid dapat menjalani kehidupan yang lebih tenang dan selesa
  • badan sihat otak cerdas
Kesimpulan
  • sentiasa mendapatkan maklumat tentang kebersihan diri
  • menasihati rakan yang tidak menjaga kebersihat diri
  • banyak kebaikan yang diperoleh

Langkah Memupuk Semangat Patriotik- Karangan SPM

         
          Dalam mendepani arus modenisasi tanpa limitasi ini, pelbagai cabaran hidup perlu diharungi oleh setiap strata. Golongan remaja yang kebanyakannya terdiri daripada murid-murid sekolah pastinya menjadi golongan yang penting kerana mereka merupakan tonggak dan aset masa hadapan negara. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara merupakan peribahasa yang menunjukkan bahawa golongan muda kini menjadi tunjang peradaban bangsa. Bagi melahirkan negara yang mampu bersaing di persada dunia, semangat patriotik haruslah dipupuk dalam diri seseorang sejak di bangku sekolah. Semangat patriotik boleh didefinisikan sebagai semangat cinta akan negara. Hal ini sering diperkatakan kerana generasi muda terutamanya murid sekolah kurang memiliki semangat patriotik kerana mereka tidak merasai kesusahan hidup semasa zaman penjajahan. Semangat patriotik perlu dipupuk bagi menjamin perpaduan kaum dan mengukuhkan jati diri unggul ke arah mengekalkan keamanan serta kemerdekaan negara. Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid sekolah.

          Langkah prima untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid sekolah adalah dengan mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah. Hal ini demikian kerana, tempat-tempat bersejarah pasti mempunyai coretan kenangan yang kaya dengan pelbagai nilai dan pengajaran yang boleh dihayati oleh murid sekolah. Oleh hal yang demikian, tinggalan sejarah yang berharga wajarlah dipelihara oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Semasa lawatan diadakan yang dianjurkan oleh pihak sekolah, murid-murid akan berpeluang untuk melihat sendiri kesan-kesan peninggalan sejarah. Sebagai contohnya, lawatan ke Kota A Famosa di Melaka dan Muzium Negara membolehkan  murid-murid mendapat pelbagai maklumat lanjut berkaitan tempat-tempat tersebut. Keadaan ini akan memberikan kesedaran kepada murid-murid tentang kesukaran para penduduk tempatan semasa zaman penjajahan. Secara tidak langsung, aktiviti sebegini dapat menyemarakkan semangat cinta akan negara yang mendalam dalam diri murid-murid kerana biar putih tulang, jangan putih mata.

          Selain itu, usaha yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid sekolah adalah dengan menerapkan nilai patriotik dalam mata pelajaran Sejarah. Mata pelajaran Sejarah sangat penting kerana mampu menyuntik semangat patriotik melalui pembacaan dan pengajaran guru di dalam bilik darjah. Oleh itu, para guru harus bijak untuk memainkan peranan mereka baik di dalam kelas mahupun luar kelas. Sebagai contohnya, murid boleh melakonkan semula peristiwa menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada pihak British semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran diadakan. Melalui lakonan tersebut, murid-murid akan mengenali tokoh-tokoh yang telah memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan tanah air. Semua tokoh ini sangat berjasa kerana mereka berusaha membebaskan negara daripada terus dibelenggu oleh penjajah. Selain itu, murid-murid juga dapat menyelami penderitaan dan kesengsaraan penduduk semasa dijajah. Jelaslah bahawa mata pelajaran Sejarah mampu mewujudkan kesedaran dalam diri murid agar sentiasa memelihara kemerdekaan tanah air kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

          Skop perbincangan seterusnya ialah pihak sekolah perlulah menganjurkan sambutan kemerdekaan pada setiap tahun. Pihak sekolah boleh mengadakan hari tersebut mengikut tema, contohnya Sayangi Malaysiaku. Hal ini demikian kerana sambutan kemerdekaan di peringkat sekolah dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang mendorong kepada semangat cinta akan tanah air. Antara aktiviti yang sesuai diadakan semasa sambutan tersebut ialah persembahan pantomin, nyanyian lagu-lagu patriotik, melukis poster, bercerita kisah-kisah sejarah dan mengarang esei. Selain dapat memupuk semangat patriotik, bakat murid-murid juga dapat dicungkil ibarat sambil menyelam minum air. Semua murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat bersama-sama menyaksikan kemeriahan dan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia. Seterusnya, sambutan tersebut dapat mewujudkan persefahaman yang utuh kerana semua kaum di Malaysia memahami budaya serta adat resam kaum yang lain bak mutiara kata tak kenal maka tak cinta. Intihanya, sambutan kemerdekaan di peringkat sekolah mampu memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid.

          Akhirulkalam, pelbagai langkah seharusnya dilaksanakan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid. Usaha-usaha ini perlu dilaksanakan secara progresif, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga agar dapat memberikan impak yang maksimum dalam diri murid-murid. Selain itu, pihak komuniti setempat juga boleh bekerjasama dengan pihak sekolah bagi merealisasikan matlamat ini. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga wajar menerapkan pelbagai nilai murni dan unsur positif ke arah memupuk semangat patriotik dalam semua aktiviti kokurikulum dan kurikulum di sekolah. Hal ini demikian kerana kita dapat melahirkan warganegara yang cinta akan negara dan seterusnya menjadi individu yang berbakti kepada bangsa dan negara


Tuesday, January 21, 2020

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 5 - 5.3

5.3- Perancangan Perniagaan

a) Rancangan Perniagaan
  • dokumen yang menerangkan secara terperinci berkenaan selok belok sesebuah perniagaan termasuk pelan awal, keperluan modal, rancangan pemasaran, jualan dan unjuran keuntungan.
Tujuan Menyediakan Rancangan Perniagaan
  • Menyakinkan pihak tertentu seperti Bank bagi memperoleh sumber pembiayaan kewangan.
  • Melihat dan menilai perniagaan
  • Mengkaji dan menilai potensi
  • Mengagihkan sumber dengan lebih baik
  • Menjadi garis panduan untuk menguruskan perniagaan
b) Struktur Rancangan Perniagaan
  1. Ringkasan Eksekutif
  2. Objektif Rancangan Perniagaan 
  3. Latar Belakang Perniagaan
  4. Latar Belakang Pemilikan 
  5. Latar Belakang Cadangan Projek
  6. Rancangan Organisasi
  7. Rancangan Pemasaran
  8. Rancangan Operasi atau Pengeluaran
  9. Rancangan Kewangan Rumusan 
  10. Dokumen Sokongan
c) Pemasaran
  • aktiviti perniagaan yang dilakukan untuk menyalurkan barang-barang atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir



i) Produk

  • Barang berbentuk fizikal dan bukan fizikal (perkhidmatan).
Ciri-ciri produk yang baik
  • Kualiti
  • Jenama
  • Pembungkusan dan pelabelan 
  • Jaminan dan Khidmat sampingan
ii) Harga
  • Kos kepada pembeli untuk memiliki barangan atau perkhidmatan.
Faktor yang Perlu Diambil Kira untuk Menetapkan Harga
  • Pemintaan Pengguna
  • Kos 
  • Persaingan
iii) Promosi
  • Usaha yang dijalankan oleh pihak penjual untuk mewujudkan, melariskan dan mengekalkan pasaran bgi sesuatu keluaran.
Matlamat Promosi
  • Memaklumkan kepada pelanggan tentang produk baharu di pasaran
  • Memujuk pelanggan untuk membeli produk tersebut
  • Meningkatkan penggunaan produk yang telah lama berada di pasaran
  • Meningkatkan dan meluaskan jualan di pasaran
  • Mengekalkan imej produk di pasaran
  • Mengatasi pesaing-pesaing yang menjual barangan yang sama.
Contoh Promosi
  • Pengiklanan
  • Promosi Jualan
  • Publisiti
  • Jualan Langsung
iv) Tempat
  • Pemilihan tempat yang sesuai untuk memasarkan produk dan perkhidmatan penting kerana kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan itu amat bergantung kepada faktor ini.
Faktor Pemilihan Tempat
  • Jenis Perniagaan
  • Modal
  • Undang-undang dan Peraturan
  • Persaingan
  • Jenis Pelanggan
  • Kemudahan Infrastruktur
d) Saluran Pemasaran
  • Cara atau proses barang diedarkan daripada pengeluar kepada pengguna pada masa, tempat dan harga yang bersesuaian.
Jenis-jenis Saluran Pemasaran.
  1. Pengeluar > Pemborong > Peruncit > Pengguna
  2. Pengeluar > Ejen > Peruncit > Pengguna
  3. Pengeluar > Pemborong > Pengguna
  4. Pengeluar > Peruncit > Pengguna
  5. Pengeluar > Ejen > Pengguna
  6. Pengeluar > Pengguna

Monday, January 20, 2020

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 5 - 5.2

5.2 - Prosedur Memulakan Perniagaan

a) Milikan Perniagaan

b) Cara Memulakan Perniagaan

  1. Memulakan Pernniagaan Baharu
  2. Mengambil Alih Perniagaan
  3. Menjalankan Perniagaan Francais
c) Prosedur Memulakan Perniagaan

1. Membuat perancangan
2. Mendaftarkan perniagaan
  • Mengisi Borang A
  • Mendapatkan kelulusan nama perniagaan
  • Menghantar borang bersama-sama dengan bayaran pendaftaran kepada Pendaftar Perniagaan
  • Pengeluaran Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang D)
3. Memohon lesen perniagaan
4. Mendapatkan modal perniagaan
  • Simpanan sendiri
  • Pinjaman
  • Sumbangan rakan kongsi
  • Belian kredit
d) Pertimbangan Sebelum Memulakan Perniagaan
  1. Mengenal Pasti Keperluan dan Kehendak Pelanggan
  2. Menjalankan Perniagaan Francais
  3. Menilai Peluang Perniagaan
  4. Merangka Rancangan Perniagaan



NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 5 - 5.1

BAB 5: PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

5.1- Pengenalan Perniagaan dan Keusahawanan

a) Peniaga, Perniagaan, Usahawan dan Keusahawanan.

1. Peniaga
  • seseorang yang melakukan kegiatan membeli dan menjual barang atau perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan.

2. Perniagaan
  • aktiviti membeli dan menjual barang dan perkhidmatan dengan tujuan memperoleh keuntungan.
3. Usahawan
  • individu yang melakukan kegiatan membeli, menghasilkan barang baharu atau membuat pengubahsuaian dan memasarkannya untuk mendapatkan keuntungan.
4. Keusahawanan
  • kemampuan, kebolehan dan kecenderungan seseorang meneroka peluang perniagaan, mengusahakan perniagaan, membuat pembaharuan atau pengubahsuaian demi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.
  • aktiviti keusahawanan dalam memenuhi keperluan dan kehendak manusia, mengusahakan dan mengembangkan perniagaan, melakukan perubahan dan pembaharuan bagi menigkatkan pengeluaran serta menjayakan perniagaan untuk kepentigan diri sendiri, masyarakat dan negara.

b) Perbandingan Ciri antara Peniaga dengan Usahawan.

Perbandingan ciri antara peniaga dengan usahawan

Perbandingan kelebihan antara peniaga dengan usahawan

c) Ciri-ciri Usahawan Abad ke-21
  • Sentiasa Peka dan Bijak Mengambil Peluang
  • Bermaklumat
  • Kreatif dan Inovatif
  • Optimistik
  • Proaktif
d) Peranan Usahawan
  1. Mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan
  2. Memenuhi kehendak dan keperluan komuniti
  3. Mengkaji dan menguji penemuan dan ciptaan baharu
  4. Menyumbang kepada pembangunan ekonomi
  5. Meningkatkan taraf hidup
e) Peranan Agensi dalam Membantu Usahawan





Wednesday, January 08, 2020

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 4- 4.5

4.5- Label Makanan

a) Label Makanan
  • Label membantu pengguna membuat pilihan makanan yang bijak.
  • Kementerian Kesihatan Malaysia telah menguatkuasakan undang-undang bagi label makanan sama ada makanan dalam tin, plastik, kotak dan sebagainya.
b) Kepentingan Label Makanan
  1. Memudahkan pemantauan daripada pihak berkuasa
  2. Membuat pilihan yang bijak
  3. Menyokong aktiviti pendidikan makanan
  4. Menyediakan sajian bermutu dan seimbang
  5. Mengutamakan kandungan zat makanan dalam produk
Tujuan 
  1. Memilih makanan yang sihat dan menyeluruh
  2. Menilai makanan
  3. Menjamin kualiti produk
Maklumat yang tedapat pada label makanan bergantung pada perkara:
  • Benar dan tepat
  • Boleh diterima kerana maklumat mestilah mempunyai kesahihan dan kredibiliti
  • Boleh difahami melalui penyampaian maklumat yang tidak mengelirukan pengguna
  • Nyata dan jelas
c) Maklumat Pada Label Makanan
  1. Nama produk
  2. Bahasa yang digunakan ialah bahasa malaysia ataupun bahasa inggeris
  3. Gambar yang menjadi ramuan sahaja yang boleh disertakan pada label
  4. Senarai ramuan yang digunakan perlu dinyatakan denga jelas dan disusun mengikut susunan berat menurun
  5. Penyertaan bahan aditif yang digunakan mestilah dinyatakan
  6. Berat bersih / isi padu / bilangan minimum isi bungkusan
  7. Nama dan alamat pengilang / pengimport / negara asal perlu dinyatakan dengan jelas pada label
  8. Penandaan tarikh luput
  9. Penyataan cadangan hidangan
  10. Maklumat pemakanan dinyatakan mengikut jadual komposisi makanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  11. Logo 'HALAL' yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti jakim mestilah dalam tempoh sah laku
  12. Penyataan / akuan yang mengelirukan pengguna tidak dibenarkan pada label makanan
  13. Makanan yang mengandungi bakteria Bifido perlu mempunyai maklumat seperti bilangan bakteria hidup

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 4- 4.6

4.6 - Perancangan Menu

a) Menu
  • Senarai makanan yang dihidangkan untuk sesuatu sajian.
  • Perancangan menu hendaklah berpandukan Piramid Makanan.
Tujuan Merancang Menu
  • Menjimatkan masa dan tenaga
  • Memastikan makanan yang disediakan adalah seimbang
  • Memastikan perbelanjaan untuk menu yang dirancang tidak melebih anggaran perbelanjaan
  • Memastikan sajian yang dirancang adalah menyelerakan, menarik dan pelbagai dari segi warna, rasa, tekstur dan kaedah memasak
b) Faktor yang Mempengaruhi Perancangan Menu
  • Tujuan Sajian
  • Keperluan
  • Kegemaran
  • Keseimbangan Sajian 
  • Sumber 
  • Bilangan Tetamu
c) Menu Harian Seimbang Keluarga

d) Perancangan Kerja
  1. Pilihan Menu
  2. Senarai Beli-Belah dan Pengekosan
  3. Senarai Alatan
  4. Pilihan Aktiviti
  5. Susunan Kerja

NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 4- 4.4

4.4- Peruntukan Diet Harian yang Disarankan dan Indeks Jisim Badan.

a)Peruntukan Diet Harian yang Disarankan

Kegunaan Peruntukan Diet Harian yang Disarankan
  • Merancang menu harian
  • Membuat label makanan
  • Garis panduan menggubal polisi makanan
  • Menilai kuantiti makanan berhubung dengan kesihatan
b) Nilai Tenaga dalam Makanan
  • Karbohidrat: 17 Kj
  • Protein: 17 Kj
  • Lemak: 38 Kj
c) Indeks Jisim Badan

d) Pengiraan Indeks Jisim Badan

BMI:            berat(kg)          
           tinggi(m) x tinggi (m) 

e) Cara Mengatasi Berat Badan Berlebihan
  1. Mengambil sarapan
  2. Makan secara teratur
  3. Amalkan senaman
  4. Minum air secukupnya
  5. Banyakkan Pengambilan Makanan Berserat


NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 4- 4.2

4.2- Sistem Pencernaan dan Penyerapan Makanan

a) Pencernaan, Penyerapan dan Enzim

i. Sistem Pencernaan
  • Proses menguraikan molekul makanan yang kompleks kepada molekul yang lebih ringkas agar dapat diserap oleh tubuh badan.
  • Sistem pencernaan terbahagi kepada 2: Proses Mekanikal dan Proses Kimia
ii. Sistem Penyerapan
  • Proses serapan unit ringkas nutrien melalui vilus ke dalam aliran darah dan sistem limfa untuk dihantar ke sel tubuh.
iii. Enzim
  • Pemangkin organik yang mengawal atau mempercepat tindak balas kimia dalam organisma hidup.
b) Peranan Enzim dalam Sistem Pencernaan

c) Organ-organ Utama dalam Proses Pencernaan

d) Proses Tindak Balas Enzim dalam Sistem Pencernaan

e) Proses Penyerapan

f) Kepentingan Sistem Pencernaan yang Sihat
  1. Kita perlu mengambil makanan yang kaya dengan serat seperti sayuran, buah-buahan, bijian asas dan bijirin.
  2. Kita perlu mengurangkan pengambilan makanan yang diproses.
  3. Kita perlu mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat.
  4. Kita perlu minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.
  5. Tekanan atau stres memberikan kesan kepada sistem pencernaan dan boleh mengganggu keseimbangan pencernaan.



NOTA SRT TINGAKATAN 4 - BAB 4- 4.3

4.3 - Diet Seimbang

a) Diet dan Diet Seimbang

Diet
  • Pengambilan makanan oleh individu untuk meningkatkan dan memelihara kesihatan tubuh badan
Diet Seimbang
  • Pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, garam mineral, vitamin, air dan pelawas dalam kuantiti yang diperlukan.
b) Faktor yang Mempengaruhi Pengambilan Diet

1. Keperluan Fisiologi.

  • Umur
  • Jantina
  • Saiz badan
  • Aktiviti harian
  • Tahap kesihatan
2. Pendidikan
3. Geografi
4. Pendapatan keluarga
5. Budaya
6. Agama
7. Keperluan sosial
8. Kemajuan teknologi

c) Piramid makanan

d) Kepentingan Pengambilan Diet Seimbang
  • Memastikan Tumbesaran Seimbang
  • Mencegah Masalah Kekurangan Nutrien
  • Mengekalkan Berat Badan yang Normal
  • Mengurangkan Risiko Penyakit Berkaitan Pemakanan
  • Memastikan Perkembangan Mental yang Sihat
Tip Diet Seimbang
  • Makan nasi dan produk bijiran secukupnya.
  • Makan ikan, daging, ayam, telur dan kekacang secara sederhana.
  • Kurangkan pengambilan minyak tepu dan kolesterol.
  • Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
  • Ambil susu dan produk tenusu secukupnya.
  • Kurangkan pengambilan garam, gula dan sos