Monday, February 17, 2020

Langkah Menarik Minat Ibu Bapa Menghadiri Program Hari Terbuka Sekolah

Pendahuluan
  • Hari Terbuka bertujuan membincangkan apa-apa juga hal yang berkaitan persekolahan anak-anak mereka
  • ibu bapa boleh melawat dan melihat suasana tempat anak-anak mereka belajar
  • sambil menyelam minum air
Isi 1: pihak sekolah mengadakan hebahan dan promosi
  • ibu bapa sering terlupa tentang program tersebut kerana kesibukan bekerja
  • anak-anak yang tidak menyampaikan surat jemputan kepada ibu bapa masing-masing
  • hebahan di kumpual 'whatsapp' , 'facebook' atau laman sesawang rasmi
Isi 2: pihak sekolah memilih tempat yang sesuai
  • kebanyakan ibu bapa sudah berusia, sering kali menghadapi masalah jika hendak ke kelas yang kedudukannya di tingkat tiga atau empat bangunan sekolah
  • lokasi yang sesuai ialah di dewan atau di kelas tingkat bawah bangunan sekolah
  • ibu bapa tentu akan lebih selesa apabila berkunjung ke sekolah bagi menjayakan Hari Terbuka sekolah
  • mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih
Isi 3: pihak sekolah mengadakan hari terbuka dalam jangka masa yang lebih panjang
  • terdapat ibu bapa yang datang lebih awal atau terlalu lewat 
  • ibu bapa yang datang terlalu awal sebelum guru-guru sempat bersedia atau ibu bapa datang selepas tamat waktu bekerja
  • pihak sekolah boleh mengadakan jadual yang sesuai kepada guru-guru agar dapat berbincang dengan ibu bapa dalam jangka masa yang lebih panjang
  • ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak
Isi 4: pihak sekolah mempelbagaikan acara pada hari berkenaan
  • suasana pada hari berkenaan yang tidak menarik akan menyebabkan ibu bapa kurang berminat untuk hadir ke sekolah
  • ibu bapa sudah tentu ingin mengetahui lebih banyak perkara berkaitan hal persekolahan anak-anak mereka 
  • mengadakan Hari Keusahawanan dan Pameran seperti gerai jualan serta pelbagai permainan
  • semua ahli keluarga iaitu ibu, bapa, abang, kakak dan adik akan turut hadir bagi memeriahkan program ini
Kesimpulan
  • semua pihak yang berobligasi perlu memastikan bahawa ibu bapa dapat hadir pada hari terbuka sekolah
  • pelajar aset yang amat penting pada masa akan datang dan merupakan pemimpin yang akan mencorakkan hala tuju dan kemajuan negara kita, Malaysia
  • ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni

No comments:

Post a Comment