- cabaran ketujuh Wawasan 2020
- sebagai kelompok masyarakat yang hidup dalam suasana saling menghormati, berbakti, memberi khidmat, menolong, berbuat jasa, menabur budi, melakukan kenajikan, menunjukkan rasa kasih dan belas kasihan
- bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
Isi 1: setiap individu haruslah mempunyai didikan agama dan moral yang mantap dan utuh
- semua agama mengajar umatnya membuat kebaikan kerana setiap kebaikan akan mendapat ganjaran yang setimpal
- keimanan yang tebal sudah pasti kita tidak akan melakukan kezaliman dan penganiayaan kepada insan lain
- banyak contoh kes yang berlaku kerana kurang didikan agama seperti penderaan, penyalahgunaan dadah dan pelbagai kes jenayah
- iman senipis kulit bawang
Isi 2: ibu bapa menjadi suri teladan
- golongan muda atau anak-anak kebanyakkannya kurang matang dan sering mengikut rasa hati
- ibu bapa sendiri perlu mencurahkan kasih sayang kepada anak mereka supaya anak-anak yang membesar tidak akan rasa kekurangan kasih sayang
- amalan dalam kehidupan seharian seperti budaya bersalaman, menjaga tutur kata dan cara bergaul perlu dipraktikkan
- umur setahun jagung, bapa borek anak rintik
Isi 3: pihak sekolah menerapkan nilai kasih sayang dalam sukatan mata pelajaran
- sekolah dianggap sebagai rumah kedua kerana murid banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dengan pelbagai aktiviti sama ada kurikulum mahupun kokurikulum
- pendedahan nilai-nilai murni harus didedahkan dan seterusnya disemai ke dalam jiwa setiap murid
- contoh dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sivik dan Kewarganegaraan
- melentur buluh biarlah dari rebungnya
Isi 4: pihak kerajaan mengadakan kempen kesedaran yang efektif
- masyarakat boleh mendapat banyak maklumat tentang kepentingan kasih sayang dalam masyarakat
- kempen-kempen ini haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya bermusim
- kempen melalui media massa yang berkesan seperti di laman sosial
- maklumat di hujung jari
Kesimpulan
- semua pihak memainkan peranan yang sangat penting
- masyarakat kita akan dipandang tinggi sebagai sebuah bangsa yang bukan sahaja maju dari aspek kebendaan tetapi kaya dengan budaya penyayang
- imej negara akan harum di persada dunia dan masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat kelas pertama kerana ketinggian akhlaknya.
No comments:
Post a Comment