1.1- Organisasi Kerja
a) Kaedah dan Langkah Menyelesaikan Tugasan
Contoh kaedah menyelesaikan tugasan
- Kaedah sumbang saran
- Kaedah perbincangan
- Kaedah simulasi
Langkah menyelesaikan tugasan
- Menetapkan matlamat yang jelas
- Membina carta organisasi
- Menetapkan jangka masa tugasan
- Mengerjakan tugasan dengan tema yang biasa dilaksanakan
- Mencari sumber yang jelas dan sahih
b) Fungsi dan Kepentingan Organisasi Kerja
ELEMEN
|
KEPENTINGAN
|
FUNGSI
|
JAWATANKUASA
|
Menjalankan tanggungjawab
yang diamanahkan mengikut
tempoh masa yang ditetapkan.
|
Menjalankan tugas
dan tanggungjawab dengan sempurna, cekap, berkesan dan dapat mencapai
matlamat organisasi kerja.
|
CARTA ORGANISASI
|
Mempamerkan hierarki
jawatankuasa yang menggambarkan
rantaian arahan dan saluran rasmi
komunikasi dalam organisasi tersebut.
|
a) Mengagihkan sumber
manusia secara cekap mengikut keutamaan demi mencapai matlamat.
b) Menyelaras dan
menentukan bidang tugas dan tanggungjawab
setiap ahli pasukan.
|
JADUAL TUGASAN
|
Merancang dan memastikan tugasan dan aktiviti dijalankan dengan sistematik.
|
Menyusun atur tugasan yang perlu dilaksanakan mengikut garis masa yang ditetapkan
|
PANDUAN DAN PERATURAN MENJALANKAN TUGAS DI TEMPAT KERJA
|
Menjadi rujukan organisasi kerja bagi menjalankan tanggungjawab mereka.
|
Memastikan ahli pasukan dalam organisasi kerja menjalankan rugasan dengan lancar dan terkawal
|
No comments:
Post a Comment